Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022
Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022

Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022

Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022 ialah sebuah kemelut politik yang berlaku setelah berlangsungnya pilihan raya umum Malaysia 2022 (PRU-15). Kemelut ini berlaku disebabkan tiadanya gabungan parti politik yang memperoleh majoriti setelah keputusan PRU-15 diumumkan pada 20 November 2022. Kesannya, tiada parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan majoriti lantas mengakibatkan berlakunya parlimen tergantung.Kemelut ini ialah kesinambungan daripada krisis politik negara yang bermula sejak akhir 2020, yang membawa kepada keruntuhan gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta penubuhan gabungan utama baharu, Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan tidak lama kemudian. Walau bagaimanapun, krisis dalaman PN, ditambah dengan kesan pandemik COVID-19 menyebabkan kerajaan itu tumbang juga, dan Barisan Nasional (BN) pula naik menjadi kerajaan pada 2021. BN pula ikut sama mengalami krisis dalaman, membawa kepada pelaksanaan PRU-15 secara mengejut, dan disertai ketiga-tiga gabungan utama yang disebut.Dengan ketiga-tiga blok memiliki sokongan yang besar, ramalan awal sudah menjangkakan PRU-15 akan tidak membawa mana-mana blok melepasi majoriti;[1] ini menjadi hakikat dengan tiada parti secara rasminya melepasi kuota majoriti ringkas— sekurang-kurangnya 112 kerusi. Dengan ini, blok-blok parti, terutamanya PN dan PH, dua parti dengan jumlah kerusi terbesar, bertungkus-lumus untuk membentuk satu kerajaan gabungan. Kemelut ini dicirikan oleh pelbagai isu, terutamanya keengganan blok parti untuk bergabung antara satu sama lain serta krisis dalaman parti. Kemelut ini turut melibatkan pihak raja-raja Melayu yang cuba menyelesaikan kemelut, dan akhirnya, ketua PH, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 negara pada 24 November.Tempoh kekosongan kuasa ini turut dicirikan dengan perluasan pengaruh ekstremis dalam kalangan rakyat, terutamanya antara pihak haluan kiri pro-PH dan pro-PN berhaluan kanan, yang menyebabkan penguatan pemerhatian oleh pihak berkuasa.

Rujukan

WikiPedia: Kemelut pembentukan kerajaan Malaysia 2022 https://www.astroawani.com/berita-politik/pasca-pr... https://www.astroawani.com/berita-politik/pasca-pr... https://www.astroawani.com/berita-politik/perbinca... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-ak... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-an... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-pa... https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-ti... https://pru15.bernama.com/news-bm.php?id=2141776 https://www.channelnewsasia.com/asia/malaysia-elec... https://edition.cnn.com/2022/11/18/asia/malaysia-1...